KUALA LUMPUR: Persepsi toksik bahawa Barisan Nasional (BN) itu merupakan parti yang gila kuasa, korup, salah guna kuasa adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu diperbaiki semula, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang sinonim dengan panggilan Tok Mat, berkata kesemua ahli dan pimpinan parti komponen perlu memperkenalkan semula jenama BN dengan tawaran dan penampilan baharu.
Realitinya, jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, ketika ini BN bukan sahaja mengecil dari jumlah ahli Parlimen, tetapi juga dari sudut jumlah parti komponen, bilangan negeri yang dikuasai, serta sokongan undi popular.
“Ini bukan agak-agak kita, bukan ramalan atau tekaan, sebaliknya ini adalah realiti, yang kesemuanya boleh disandarkan secara jelas kepada fakta dan data.
Jadi sangat penting untuk BN berpijak di bumi nyata, terima realiti bahawa kemenangan (dalam pilihan raya umum akan datang) tak akan datang bergolek, mesti usaha, dengan gigih dan gerak kerja strategik,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Konvensyen BN bertemakan “Kesetiaan dan Kestabilan”, bersempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48, di sini, hari ini.
Dalam ucapannya, Tok Mat turut berkata, BN perlu dilihat bukan sahaja sebagai parti yang sifatnya pegun atau statik, tetapi sebagai sebuah idea yang sentiasa bercambah dan berevolusi.
“Sangat penting tampilkan BN sezaman, segar, kalis masa depan. Bagi saya, kita mesti ungkapkan semula BN ini sebagai sebuah idea, bukan sekadar sebuah perikatan politik.
“Kenapa? Kerana parti mesti berevolusi. Institusi politik lumrahnya pegun atau statik, sedangkan idea sentiasa bertumbuh, bercambah dan membiak. Mesti tansilkan sebagai idea kesepakatan, kesatuan dalam pelbagai, multiculturalism, progress dan diverse,” tegasnya lagi.
Tok Mat berkata, usaha itu perlu bersandar misi untuk menjadikan BN sinonim dengan pemikiran kesepakatan, dan budaya pendekatan politik yang progresif.
“Demi hadapi PRU akan datang, BN mesti tampil dengan imej revolusi. Cool but serious and promising. Kita perlu terbitkan rasa percaya dalam kalangan rakyat, dan boleh sebabkan rakyat beri BN satu peluang untuk buktikan bahawa BN benar-benar sebuah idea revolutional.
“Semua ini saya pulangkan pada kepimpinan BN untuk renung dan fikir dan bahas. Supaya akhirnya nanti BN adalah tentang pemuafakatan, lalu apa jua jalan ke hadapan untuk BN, mesti santuni dengan tradisi pemuafakatan BN,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Jun 01 2022
Ketika ini BN bukan sahaja mengecil dari jumlah MP, tetapi juga jumlah parti komponen, bilangan negeri yang dikuasai, serta undi popular, kata Mohamad Hasan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Penentuan PRU15: MCA rayu PM tidak lupa bincang dengan komponen BN
MCA sedia menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Ismail Yaakob dan lima pimpinan tertinggi atau 'Top 5' UMNO berkaitan keputusan menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum ini.
'Bossku' popular kerana angin perubahan seperti kembali kepada BN - Najib
Walaupun pandangan itu bersifat anecdotal, Najib optimis angin perubahan itu sudah kembali berpihak kepada Barisan Nasional
Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat
BN harus lebih berani membuka ruang, menyokong dan mengangkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip.
BN perlu kembali mentadbir, selamatkan Malaysia untuk generasi akan datang - Mohamad Hasan
Misi utama BN ketika ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti yang menyakinkan, demi menyelamatkan Malaysia, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Persepsi BN gila kuasa, korup membimbangkan, imej perlu diperbaiki semula - Mohamad Hasan
Persepsi toksik bahawa BN itu merupakan parti yang gila kuasa, korup, salah guna kuasa adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan perlu diperbaiki semula, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Konvensyen BN bakal saksikan kesepakatan, solidariti parti - Ismail Sabri
Konvensyen Barisan Nasional (BN) bakal menjadi saksi solidariti dan kesepakatan sebuah gabungan parti yang terbukti memperjuang kesejahteraan Keluarga Malaysia.